Tuesday 19 July 2016

BOLA SEPAK 
"Bola sepak" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat Bola sepak Amerika. Untuk Bola sepak Australia, sila lihat Bola sepak Australia (nyahkekaburan).
Bola sepak
بولا سيڤق

Penyerang (memakai baju merah) boleh menggelecek melepasi pertahanan (dalam baju putih). Kemudian dia boleh memilih sama ada untuk memberikan satu tendangan ke arah gol; penjaga gol akan cuba untuk menghentikan bola itu daripada memasuki gol


Dua orang pemain tengah merampas bola
Badan induktertinggiFIFA
Nama samaranBola
Pertama dimainkanTengah abad ke-19 England
Ciri-ciri
ContactBersentuh
Ahli pasukan11 pada satu masa
Jantina bercampurBerasingan
KategoriBerpasukan, bola
BolaBola sepak
OlimpikYa, sejak 1900
Bola sepak (tulisan Jawi : بولا سيڤق) ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia, yang dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap - tiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain. Sebelum abad ke-21, sukan ini telah dimainkan oleh lebih daripada 250 juta orang di 200 negara, yang menjadikannya sebagai sukan paling popular di dunia.[1] [2] [3][4]Bola sepak bertujuan untuk menjaringkan gol sebanyak-banyaknya dengan menggunakan bola kulit ke gol lawan. Bola sepak dilumbakan kat dalam padang yang berbentuk segi empat tepat, di atas rumput atau rumput sintetik. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah FIFA, atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (bahasa Inggeris : Federation International Football Association,bahasa Perancis : Fédération Internationale de Football Association).
Pada awamnya, hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan menyentuh bola dengan tangan di dalam wilayah golnya. Manakala, 10(sepuluh) pemain lainnya hanya diizinkan untuk menggunakan semua bahagian badannya selain daripada tangan, biasanya dengan kaki untuk menyepak, dada untuk mengawal, dan kepala untuk menanduk bola. Pasukan yang menjaringkan gol lebih banyak pada akhir perlawanan ialah pemenangnya. Jika sehingga masa berakhir masih berakhir seri, maka boleh dilakukan undian, pembaharuan masa ataupun tendangan penalti, bergantung daripada format penganjuran kejohanan.
Undang-undang perlawanan pada awamnya dikemaskini setiap tahun oleh induk pertubuhan bola sepak antarabangsa (FIFA), yang juga menganjurkan Piala Dunia FIFA setiap-tiap 4 (empat) tahun sekali.

No comments:

Post a Comment